Sunday, June 13, 2010

Langkah pertama...

Assalamualaikum w.t.b...

langkah pertama adalah langkah yang menentukan segala-segalanya...saya sebenarnya dah lama nak menulis tapi takde kekuatan dan keyakinan...
tapi hari ni saya cuba juga untuk memulakannya...biarlah saya menulis dengan cara sediri,kerana saya ingin jadi diri saya sendiri...memang menjadi hobi saya,menziarahi dan menjelajah sambil menceduk ilmu di blog2 sahabat lain,tapi saya still tak menulis sendiri...sebab saya rasa cukuplah untuk saya menerima ilmu dan nasihat dari sahabat2 semua,tapi hakikatnya memberi lebih baik dari menerima jika dilakukannya dgn ikhlas.

Akhirnya kesedaran untuk menulis saya dapat bila saya pulang dari satu muktamar,seorang wakil yang bercakap menyatakan peri pentingnya golongan muda untuk menulis,tidak kira melalui cara apa sekali pun,jadi saya memilih untuk memulakan penulisan saya melalui blog.
insyaALLAH dikesempatan ini saya akan kongsikan ilmu ,nasihat,pengalaman yang saya miliki walaupun sedikit tapi harapnya apa yang saya tulis dapat dijadikan pengajaran untuk sahabat2 semua dan untuk diri saya sendiri khususnya...kerana apa yang kita cakap pasti diuji oleh ALLAH SWT...
jadi marilah kita kongsi dan amalkan sama2 ilmu yang kita miliki...saya sedar hakikit ilmu seorang hamba yang paling banyak mempunyai ilmu sekali pun hanya lah seperti setitik air dilautan jika dibandingkan dgn ilmu yang MAHA BERILMU...apatah lagi saya yang hanya sedikit sahaja ilmu ini...

dengan ilmu yang sedikit ini jugaklah saya ingin mengajak sahabat2 untuk berfikir bersama saya,fikir sampai zikir insyaALLAH..kalau saya ada salah maka tegurlah,jika yang benar maka ambiklah pengajaran darinya..

"dengarlah hai teman, dengarlah bersama, aku menulis bukan kerna nama,kerna sifat kasih,pada sesama insan,dan menyatakan kasih sayangMU,kita sama semuanya sama,ape yang ada hanyalah kehidupan"

jadi saya menulis bukan kerna nama~~

kesedaran menulis juga adalah bila saya cuba memahami hadis nabi SAW,yang bermaksud cegahlah kemungkaran dengan tangan.bukankah menulis pun dengan tangan??jadi moga ALLAH merahmati kita semua...
selangkah kita kepadaNYA seribu langkah DIA kepada kita...SUBHANALLAH...

Jika saya masih lagi fikir saya yang saya tak mampu,tapi saya tak mulakan langkah pertama ni,bila lagi kemampuan dan kekuatan itu akan datang kalau saya sendiri tidak mulakan..

harapan saya moga blog saya akan menjadi tempat untuk sahabat mencari kasihNYA..mengemis kasihNYA...

moga ALLAH permudahkan urusan saya dah sahabat2 semua....

wallahu a'lam~~

No comments:

Post a Comment