Tuesday, June 15, 2010

Dosa menggunung tinggi,tapi rahmatMU melangit luas...

Assalamualaiku wbt....


selawat dan salam atas junjungan besar nabi Muhamad SAW...


dan para keluarga serta sahabat baginda..


Pagi ni saya teringat satu perbualan antara saya dan seorang hamba ALLAH aina(bukan nama sebenar) ketika saya dalam bus untuk pulang dari muktamar PAS ke-56.


pertemuan kami macam telah dirancang oleh ALLAH...


pada mulanya saya menemani seorang sahabat saya dari penang ingin pulang ke rumah sahabatnya di bachok,saya agak keberatan untuk meninggalkan sahabat saya ni seorang diri menunggu bas di stesen bas..tepat pukul 6ptg bus ke machang diumumkan untuk bergerak...


saya terpaksa naik bus dahulu.saya tinggalkan sahabat saya tu sorang2.bila sampai kat bas saya,bas ke machang still lagi tak jalan lagi dan pemandu pun takde lagi kat dalam bas..


jadi saya duduklah sebelah hamba ALLAH aina ni..walaupun banyak lagi tempat kosong lain,ntahla saya pun tak tahu kenapa saya boleh duduk tepi aina ni.. kat dalam bas tu saya rasa tak sedap hati jer tinggalkan sahabat saya sorang2 tunggu bas ke bachok,selepas saya tuggu dalam bas selama lebih kurang 10 minit,saya pun terfikir yang saya nak turun dulu untuk jumpa sahabat saya tu,jadi saya pun pikir macamne nak pastikan saya tak tertinggal bas,jadi saya pun minta tolong dengan aina ni..saya bagi no,tel saya kat dia.saya kata kalo pemandu datang dan bas nak jalan miscall or msg saya..jadi cara tak langsung dia dapat no.tel saya..


jadi tanpa fikir panjang saya terus turun dan jumpa ngan sahabat saya tu,dan tunggu bas dia datang..


bila saya tunggu lebih kurang 10 minit bas ke machang bergerak dan saya dapat satu miscall dari aina,maka saya terus kejar bas saya..dan alhamdullilah saya sempat naik bas saya...

maka dalam bas bermulalah kisah,dimana saya bersembang dengan aina..yang peliknya,aina ni tak rasa janggal untuk kongsi pengalaman dia dengan saya. dia ceritakan segala2nya kisah hidupnya kat saya,sedangkan kami tak kenal antara satu sama lain..dia menceritakan kisah hidupnya yg sebelum ni penuh dengan dosa dan noda..pada mulanya saya agak terkejut dengan gaya hidup dan apa yang pernah berlaku kepadanya sebelum ni,tapi saya buat bersahaja demi menjaga perasaan orang yang ingin berubah..terlalu sukar kadang2 untuk saya percaya yang masih ada insan yang gaya hidupnya seperti aina. Tapi saya dengar dan belajar dari kisah hidup aina..saya dengar dari awal hingga akhir apa yang aina ingin kongsi pada saya.


"saya malu dengan diri saya dan masyarakat sekeliling,banyak sangat salah yang saya buat..kadang2 saya tak yakin yang ALLAH akan maafkan saya atas apa yang saya dah buat sebelum ni sebab banyak sangat dosa saya kak" luah aina,sambil pegang tangan saya...

saya mendengar penuh minat.

"bila saya berdoa nak minta maaf dan bertaubat,kesalahan dan dosa2 lama datang dalam fikiran saya,saya rasa macam ALLAH tak maafkan saya"sambil menangis perlahan...

"sabar dik,semua manusia pernah lakukan dosa dan kesalahan,adik patut bersyukur sebab ALLAH sedarkan adik sekarang,ALLAH tak biarkan adik terus sesat,maksudnya ALLAH masih sayangkan aina la tu"

ain,tunduk sambil menangis...sayu ahti kecil ni melihatnya..saya teruskan kata2 semangat untuk menasihatinya..

sambil memeluk bahu aina saya berkata"takpe,banyak macamne skali pun kesalahan dan khilaf kita,bila kita sedar maka kita diwajibkan untuk bertaubat...ingat banyak macne skali pun dosa kita walau setinggi gunung,tapi ingat ALLAH tu MAHA pengampun,penerima taubat dan pemaaf...sebab rahmat ALLAH melangit luas..yang lepas biarkan ia lepas jadikan pengajaran dan sempadan untuk kita di masa hadapan.

"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,jgn putus asa dari rahmat ALLAH yakinlah bahawa ALLAH akan menerima taubat kita,dan akan membantu kita dalm perubahan dan kekal dan perubahan,sebab ALLAH seperti sangkaan hambanya.jadi bersangka baiklah dengan ALLAH. aina pasti bahagia..aina kena yakin pada diri aina tau yang aian mampu berubah,dan sayanglah diri aina sendiri jangan hina diri sendiri.." saya sampaikan dalam nada yang perlahan tapi tegas.

"baik kak,tapi akak kena tolong saya jugak,saya tak kuat kalo orang diri" sambil melihat wajah saya dengan penuh harapan.

"insyaALLAH aina, selagi akak mampu aku akan tolong aina,aina kan dah ada no tel akak,jadi aina call je bila2 aina nak mintak bantuan dari akak..

sedar tak sedar bas yang saya naiki sudah hampir sampai ke stesen bas machang,masa saya bersama aina pun makin tamat..kami hentikan perbualan bila saya turun di stesen bas machang.

secara peribadinya pengalaman ini amat bermakna bagi saya sebab dapat membuatkan saya mengambil banyak pengajaran darinya.antaranya alhamdulillah saya tak diuji cara hidup sepertinya.

kedua,banyak mana pun dosa kita,tapi ingatlah jika kita bertaubat ALLAh akan ampunkan segalanya,seperti mana firmaNYA, "hai hamba-hamba ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH. sesungguhnya ALLAH mengampuni dosa-dosa semuanya.sesungguhnya dialah yang maha pengampun lagi maha penyayang"~az zumar:53~

ketiga,jangan sesekali kita memandang seseorang itu hina kerana dosanya yang lepas.pandanglah apa dia sekarang.

keempat,cuba bagi yang terbaik nasihat dan pengharapan kepada orang yang ingin berubah.bagi semangat pada mereka jangan sesekali menghina mereka.

banyak lagi kita dapat pengajaran dari pengalaman kita sebenarnya,tapi bagaimana cara kta menerima dan menggunakan pengalaman tersebut sebagai pengajaran dalam hidup kita..
bersyukur kerana dapat bertemu dengan aina. terima kasih ALLAH temukan aku dengan aina..

"moga ALLAH merahmati mu dan menjadikan mu muslimah solehah di dunia dan akhirat,amin"







No comments:

Post a Comment