Friday, August 3, 2012

dua nasihat dari ustazani

Assalamualaikum wbt.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Allahumma salli `ala muhammadin wa`ala ali muhammad

Ahhamdulillah berkat masa dan kelapangan ALLAH anugerahkan pada diri ini untuk menulis pada waktu ni,
Alhamdulillah,kenangan dan banyak ilmu yang saya dapat waktu menuntut ilmu selama lebih kurang seminggu di Maahad Nuriah,Daurah yang sangat mengajar erti hidup untuk menundukkan nafsu diri yang tinggi menjulai.


                              عَنْ أَبِي رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِي أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: (( الدِّیْنُ النَّصِيْحَ

قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: لِلَّهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُوْلِهِ، وَلِأَئِمَّةِ المُسْلِمِيْنَ، وَعَامَّتِهِمْ)) . رواه مسلم.


Terjemahan hadith


Daripada Abu Ruqaiyyah Tamim ibn Aus al-Daarie r.a. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Agama itu adalah nasihat. Kami berkata: Untuk siapa? Baginda bersabda: Untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk para lmam kaum muslimin dan untuk umat lslam seluruhnya. (Hadis riwayat al-lmam Muslim)




Jadi disebabkan agama itu nasihat, aku membiasakan diri bila berjumpa dengan insan soleh pasti aku takkan lepaskan peluang untuk meminta nasihat daripada mereka buat diri ini sebagai bekalan hidup,insyaALLAH.


Dua nasihat yang akan ku semat sehingga hujung nyawa insyaALLAH..

nasihat dari ABi

"Moga terus istiqomah hingga akhir nafas"

Nasihat yang simple tapi bila pertama aku dengar dan baca, berjaya mengalirkan air mata, sangat terkesan di hati. Betullah hanya dari hati bisa menyentuh hati. InsysALLAH ABi segala nasihat mu akan ku semai dalam hati dan amalkan dalam kehidupanku. 
Banyak amalan-amalan yang ABi sarankan kepada kami untuk amalkan untuk tetap dalam perjuangan agama nih. Antaranya ialah tahajud setiap malam,sebab itu sumber kekuatan. Aku nekad untuk istiqomah hingga hujung nyawa,biarlah ALLAH matikan aku dalam keadaan aku sedang berada di jalan ini,insyaALLAH.
Antara surah-surah yang mampu menaikkan ruhiah dalam perjuangan yang ABi pesan ialah hafaz surah muzzammil,sebelum tidur maca waqiah dan al mulk.
untuk tengok tarbiyyah diri seseorang itu berjaya atau tidak tengok pada susunan waktunya, waktu tidur, waktu makan, waktu solat dan lain-lain.
ABi aura ikhlas mu dalam mendidik kami,aku dapat rasakan,ia aku tahu ikhlas hanya ALLAH sahaja dapat menilainya,tapi mungkin kau mengajar dengan hati sehingga sangat menyentuh hati pelajar-pelajar mu. terima kasih ALLAH hadirkan insan hebat ini dalam diari hidupku,walau hanya seketika tapi cukup bagi ku.
Subhanallah wal Alhamdulillah Allahuakbar!!!



nasihat dari ustaz Musa


"jadilah muslimat yang aktif, jangan malu tak bertempat tu bukan malu namanya tapi tu lemah,tapi jangan tak tahu malu pulak"

Pesan ustaz Musa dengan bersahaja tapi cukup tegas akan maksud yang hendak dia sampaikan.
batul kata ustaz,kita selaku muslimat dan gerak kerja dan belajar tak perlu malu-malu. ye tak boleh dinafikan perempuan memang sifat malunya sangat kuat,tapi tak salah kalau guna pada tempatnya,kalau salah pada tempatnya itu yang tak boleh,insyaLLAH lepas ni buat je,selagi tidak melanggar syariat.
Ustaz Musa seorang ustaz yang nampak garang tapi bila mengajar cukup sporting, setiap contoh pasti ada lakonan darinya, cukup interaktif cara pengajarannya, dan yang penting tak boring bila belajar denganya.


jadi kesimpulanya,nasihat dah dapat cuma tinggal untuk di hayati dan diamalkan sahaja. Moga Allah kuatkan dan tetapkan langkah ku di jalan ini insyaALLAH..

Allahuakbar!!!